PENERANGAN
Acuan konkrit adalah binaan sementara yang digunakan untuk membentuk konkrit mengikut bentuk yang dikehendaki berdasarkan kegunaan konkrit tersebut. Acuan konkrit mesti ditanggalkan selepas konkrit yang dibentuk itu cukup kuat. Acuan konkrit juga boleh dibuat daripada berbagai jenis bahan samada logam, kayu, kaca gentian atau plastik gentian.
Pembinaan acuan konkrit boleh dibuat dengan dua cara iaitu; acuan konkrit tuang dahulu (pre-cast) dan acuan konkrit tuang di situ (in-situ cast). Acuan untuk konkrit tuang dahulu dibuat dengan cara yang senang dibuka, mudah alih dan boleh digunakan berulangkali. manakala acuan untuk konkrit tuang disitu, selain daripada senang dibuka, tumpuan juga diberikan kepada ketepatan kedudukannya dan kekuatan menanggung beban konkrit
Acuan biasanya dibuat untuk pembinaan tapak, ambang, rasuk, tiang, tembok, lantai, tangga dan sebagainya. Ianya hendaklah direka supaya dapat membentuk dan menanggung bancuhan konkrit sehingga menjadi keras dan berupaya menyokong sendiri.
TUJUAN PEMBINAAN KOTAK BENTUK
  • Menampung konkrit basah yang baru dituang bagi membentuknya ke bentuk dan saiz yang dikehendakki.
  • Menanggung konkrit semasa kerja-kerja pemadatan (compaction)
  • Menahan konkrit sehingga konkrit tersebut memperolehi kekuatan yang mencukupi untuk berdikari (self-supporting).
SYARAT-SYARAT KETEGUHAN KOTAK BENTUK
  • Cukup kuat untuk menampung konkrit basah
  • Cukup tegar
  • Penyambungan yang kuat, kemas dan rapat pada bahagian sambungan
  • Tidak telap air
  • Ukuran dan dimensi yang betul
  • Aras permukaan yang rata
  • Boleh digunakan semula setelah kotak bentuk ditanggalkan






CIRI-CIRI KOTAK BENTUK
            Untuk memastikan mutu siap struktur konkrit, kotak bentuk hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut :
  1. Kotak bentuk hendaklah tegak untuk menahan deflection semasa konkrit dituang
  2. Kotak bentuk mestilah mempunyai kekuatan untuk menampung berat atau tekanan serta getaran semasa proses compaction konkrit
  3. Kotak bentuk hendaklah dipasang dengan tepat dan betul mengikut ukuran dan searas sebagaimana yang telah ditentukan.
  4. Sambungan kotak bentuk mestilah rapat dan kemas supaya tidak bocor untuk mengelakkan kehilangan air konkrit.

JENIS BAHAN KOTAK BENTUK
Papan dan papan lapis
Bahan ini digunakan dengan meluas dalam pembinaan kotak acuan baik untuk konkrit tuang dahulu ataupun mahupun konkrit tuang di situ. papan dan papan lapis mudah didapati dan senang dikerjakan. kayu lembut separuh kering adalah bahan yang baik untuk membuat acuan. kayu yang terlampau kering akan menyerap air dari konkrit, manakala kayu yang basah akan mengecut sekaligus akan mempengaruhi saiz dan bentuk konkrit. Kayu yang keras pula adalah berat dan susah kerjakan seperti menggergaji dan memakunya.
Logam (keluli, besi bergalvani, aluminium dan sebagainya)
Kegunaan logam dalam pembinaan acuan adalah terhad kepada pembinaan yang tertentu sahaja dan memerlukan kemahiran yang tersendiri. penghasilan konkrit tuang dahulu biasanya memerlukan acuan logam kerana ia tahan lasak dan sesuai digunakan berulangkali. kepingan logam biasanya digunakan dalam pembinaan lantai atas dan bumbung dalam bangunan yang bertingkat-tingkat. Selain itu logam juga digunakan untuk acuan pembinaan longkang, culvert, blok konkrit, tiang larik, tiang roman dan sebagainya.
Kaca gentian dan plastik gentian
Kaca gentian dan plastik gentian jarang digunakan sebagai acuan di dalam kerja-kerja pembinaan bangunan. Bahan ini digunakan khas untuk membina struktur yang mempunyai rekabentuk tersendiri.



NO. KOD
WTP 1033/K 01/NK 01-02
Muka :    03   drp :    05

BAHAGIAN-BAHAGIAN KOTAK BENTUK 
Antara bahagian-bahagian kotak bentuk ialah :
I.    Lapik papan(sheating) terdiri daripada papan dengan papan bertanggam lidah dan lurah. Tanggam ini digunakan untuk memastikan acuan kalis air dan memberi permukaan yang licin kepada konkrit.  Papan lapis juga digunakan terutamanya untuk membentukan permukaan yang lengkap.
II.    Papan alas tapak ialah untuk meluruskan acuan tersebut dan menyokong belebas pada jarak yang sama.
III.    Belebas merupakan tetulang kepada acuan dan menegakan lapik papan supaya kedudukanya tidak berubah.
IV.    Susur dinding digunakan untuk memastikan kelurusan acuan serta mengukuhkan kedudukanya.
V.    Tupang digunakan untuk menentukan jarak diantara kedua-dua lapik papan dalam acuan itu sehingga bancuhan konkrit ditempatkan.
VI.    Rembat bertujuan mengukuhkan dan menetapkan kedudukan acuan serta menahan tegasan semasa bancuhan konkrit ditempatkan dan getaran dilakukan.
VII.    Pancang digunakan untuk mengekalkan rembat.
VIII.    Dawai digunakan untuk menarik kedua-dua lapik papan supaya kembang apabila bancuhan konkrit ditempatkan. 

  • Pampan tepi acuan rasuk (Beam / girder side)
  • Pampan bawah acuan rasuk (Beam/girder bottom)
  • Tiang T-Post (T-Head Shore)
  • Belebas (Joist Ledger)
  • Beroti (Stiffener)
  • Tupang (Brace)
  • Pengikat (ties)
  • Susur Dinding (Waler)













Pengikat Kotak Bentuk ( Formwork Tie )

Fungsi pengikat kotak bentuk :
1.         Menguatkan dan mengukuhkan pembinaan kotak bentuk
2.         Menetapkan saiz dan dimensi kotak bentuk
3.         Menghalang kotak bentuk daripada melengkung
4.         Mengikat kotak bentuk pada dinding dan lantai bangunan
5.         Menjadikan binaan kotak bentuk yang kemas

Dua kategori pengikat kotak bentuk :
1.         Recoverable – boleh digunakan semula
2.         Non recoverable – tidak boleh digunakan semula












APLIKASI PENGIKAT KOTAK BENTUK

1 – Tie two sides of formwork
2 – Act as a spacer
3 – Anchor one side only
4 – Provide anchorage for succeeding lifts
5 – May have to resist shear stress (not for snap ties)
 
 































Jenis-jenis pengikat kotak bentuk
1.   Snap tie
2.   Loop End Tie
3.   Flat Strap Tie
Description: scan0022















ELEMEN KOTAK BENTUK
ASAS
       Ia dibina setelah kerja-kerja pemotongan cerucuk dan ‘lean conc’ selesai.  Untuk bahagian asas biasanya ia mempunyai 2 binaan iaitu ‘pile cap’ dan ‘stump’.  Sebelum kotak bentuk dibuat ukuran terlebih dahulu diambil daripada pelan dan tempat pembinaannya.
        Selalunya struktur ‘pile cap’ dan ‘stump’ berbentuk segi empat sama dan segi empat tepat.  Ini bermakna, ia mempunyai 4 bahagian sisinya dan cara pemasangannya ialah dengan membentuk terlebih dahulu 3 bagian sisinya dan satu sisi lagi akan dipasang ketika 3 sisi tersebut diletakkan pada tempat pembinaannya.  Selepas itu barulah kerja-kerja pemasangan tetulang dan kerja-kerja konkrit akan dijalankan.
RASUK BUMI ‘GROUND BEAM’
     ‘ Ground beam ‘ merupakan binaan struktur bangunan yang dibina di bawah tanah.  Pembinaan kotak bentuk dijalankan setelah selesai kerja-kerja penimbunan struktur ‘pile cap’ dan ‘stump’.  Fungsinya adalah untuk mengukuhkan bangunan dan membantu mengagihkan beban bangunan ke struktur asas.
      Biasanya pekerja akan menyiapakan kotak bentuk lebih awal sebelum kerja-kerja pemasangannya dilakukan.  Oleh kerana terdapat bahagian ‘ground beam’ yang sempit, kerja-kerja menyapu minyak pada kotak bentuk dilakukan terlebih dahulu.  Ini semua untuk menjimatkan masa dan merupakan satu teknik yang digunakan bagi memudahkan kerja.
LANTAI BAWAH ( GROUND FLOOR SLAB )
       Lantai bawah merupakan lantai yang dibina di atas permukaan penimbusan ‘ground beam’. Biasanya kotak bentuk untuk lantai bawah tidak tinggi.                                                                                                 Pembinaannya mudah jika dibandingkan dengan pembinaan rasuk. Ini kerana, ia hanya perlu memasang kotak bentuk tersebut pada bahagian tepi ( keliling ) ‘ground beam’ yang telah siap.  Pada tengah-tengah bangunan ia akan memasang kayu 1”x2” untuk turun ( drop ). Selalunya bahagian ‘drop’ ini merupakan bahagian tandas ataupun dapur.
 




KOTAK BENTUK UNTUK TIANG.
Struktur tiang dibina bertujuan untuk menyokong struktur rasuk bagi lantai atas dan bumbung. Kotak bentuk untuk tiang mengandungi papan-papan yang dipanggil pendinding (sheeting). Pendinding di atur dan dipasang tegak mengikut bentuk tiang yang hendak di bina sama ada segi empat tegak, bulat dan sebainya.
Pendinding yang biasa di gunakan adalah ynag bersaiz 31.25mm dan 37.5mm tebal. Papan – papan ini akan dipasang bersama- sama pengikat (cleat) .
Kotak bentuk diperkukuhkan dan di perkuatkan lagi dengan memasang atau menambah perembat(yokes) pada jarak yang berubah-ubah, bergantung kepada saiz dan ketinggian tiang yang dibina. Kemudian pengikat akan pakukan pada satu ahli yang dipasang selari dengan pendinding yang menjadikannya seperti anak tangga. Perembat dipasang melalui anak tangga ini dan ikatan ahli-ahli struktur tadi di perkuatkan lagi dengan penggunaan di antaranya.
Kotak Bentuk untuk Tiang
KOTAK BENTUK UNTUK TIANG TUNGGUL (STUMP)
Kaedah membina kotak bentuk untuk stump sama dengan membina kotak bentuk untuk tiang (column), cuma berbeza dari segi saiz kedua-dua binaan ini. Bagi pembinaannya, papan atau papan lapis dipotong mengikut saiz tinggi dan lebar stump tersebut. Kayu 1” x 2” dipaku pada papan untuk memberikan kekuatan kepada kotak tersebut.


4 bahagian komponen kotak bentuk yang telah siap hendaklah dicantumkan menjadi satu kotak bentuk untuk stump. Saiz kotak bentuk tersebut tidak boleh dibuat sesuka hati dan perincian bagi binaan ini hanya ditentukan oleh jurutera di dalam lukisan cetak biru.
 
 










KOTAK BENTUK UNTUK RASUK TINGKAT SATU(SLAB)
Setelah pemasangan kotak bentuk bagi tiang telah siap dan juga telah dikonkrit dan di buka kotak bentuk bagi tiang tersebut mengikut waktu pembukaannya, kotak bentuk bagi rasuk dibuka satu persatu. Reka bentuknya adalah seperti palung dengan kedua-duanya sisinya serta tapak.
Kerja pemasangannya dilakukan dengan menaikkan bahagian lantai atau tapak rasuk di mana pada setiap hujung tapak tersebut ditemukan bersama-sama di tepi tiang dan di atas permukaan tiang. Untuk mengelakkan daripada ia melengkung, tupang sementara digunakan dari bawah tapak rasuk sehinggalah di atas permukaan lantai. Jarak di antara tupang adalah di antara 0.75 m dari tengah ke tengah. Selepas daripada itu, barulah kedua-dua sisi rasuk dinaikkan mengikut ukuran yang telah ditetapkan dan ia dipakukan dan juga diketatkan dengan menggunakan baji.

KOTAK BENTUK UNTUK DINDING
Bagi struktur ini, kotak bentuk bergerak dan memanjat digunakan. Ianya mengandungi papan yang disusun rapat dan diteguhkan lagi dengan perembat dan pengikat-pengikat bolt dan nat dipasang menerusi kotak bentuk dinding yang dicadangkan itu.
Bolt yang digunakan ialah batang keluli lembut bergaris pusat 3 mm dan berbenang pada kedua-dua hujung. Proses ini akan menggenggam bahagian- bahagian kotak bentuk pada tempatnya. Ini membolehkan ia menanggung segala beban yang dikenakan apabila kerja konkrit dijalankan.
Papan kotak bentuk ditanggalkan apabila konkrit telah mengeras. Setelah dibersihkan, papan ini dipasang di atas dinding konkrit untuk menyambung kerja-kerja yang dilakukan tadi dengan cara yang sama. Cara ini digunakan untuk dinding di mana ketinggiannya lebih dari 1 meter.








KOTAK BENTUK UNTUK TANGGA
Kotak bentuk untuk tangga dipasang mengikut kedudukan dalam pelan yang telah di tetapkan. Kotak bentuk ini terdiri daripada lapisan papan lapis sahaja. Ia dipasang mengikut susunan anak tangga,
Pemasangan kotak bentuk untuk tangga
Tiap-tiap jenis acuan mempunyai cara pembinaan dan kaedah yang tersendiri. Rajah di bawah menunjukkan pembinaan kotak acuan untuk ground beam, column, upper floor / roof beam, arches dan slab.
Apabila memasang tiang jermang (prop), baji hendaklah ditempatkan pada kakinya untuk mendapatkan aras yang sama. papan pengalas hendaklah digunakan untuk mencegah mendapan tiang jermang ke dalam tanah. Jermang ini boleh dibuat daripada besi ataupun kayu berupa T. Tiang jermang ini mestilah berupaya menanggung kesemua beban dan tegasan yang diterima oleh acuan. Oleh sebab itu bahan yang digunakan mestilah bermutu baik dan saiznya cukup besar. Jarak di antara jermang pula berdasar kepada beban yang ditanggung


KEDUDUKAN RASUK
§  Rasuk bumi (ground beam)
§  Rasuk tingkat atas
§  Rasuk bumbung (roof beam)
Kedudukan struktur rasuk pada sebuah bangunan

0 comments:

Copyright © 2013 Teknologi Pembinaan WTP